SENI SILAT / MALAYSIA MARTIAL ART

Loading...

Monday, 20 October 2008

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA






Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964.

Pada akhir tahun 1970, Seni Silat Cekak telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, ia berkembang dari satu sudut yang kecil di kedai makan milik En. Hussain b. Ahmad, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. Seterusnya, beberapa kelas telah dibuka, antaranya di Kampung Baru. Kegiatannya di Kuala Lumpur telah berjalan di bawah naungan seksi Seni Silat, Persatuan Bawean Putra, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Pada 19 Ogos 1971, Silat Cekak telah diperkenalkan dan dikembangkan oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad melalui Persatuan Seni Silat Cekak Kedah Malaysia dan pada tahun 1975 pula, melalui Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Pada tahun yang sama, buat pertama kalinya lambang rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah diperkenalkan dan telah digunakan sehingga kini.

Perkembangan awal Seni Silat Cekak Malaysia telah diterajui oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad sehinggalah beliau kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986 selepas 21 tahun mengembangkan Seni Silat Cekak Malaysia ke seluruh negara.

Bak kata pepatah Melayu 'patah tumbuh hilang berganti', tanggungjawab tersebut telah diteruskan oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama dan Presiden PSSCM pada 21 September 1986 sehingga ke hari ini.

Pelajaran ini terbahagi kepada 8 bahagian: a.

Mempunyai kaedah A, B, C dan D. 4 pergerakan di tangan kiri dan 4 pergerakan di tangan kanan (kaki tidak bergerak), berdiri lurus seperti berdiri waktu sembahyang (tidak berdiri kuda-kuda).

b. Buah-buah dasar (basic) sambungan daripada kaedah A, B, C dan D; dilatih bergerak sekali tangan dan kaki. c. Buah-buah pecahan atau buah-buah anak sambungan daripada buahbuah dasar pelajaran yang kedua. Dengan buah-buah pecahan inilah untuk mempertahankan keselamatan daripada segala rupa serangan.

c. Buah-buah dasar dan pecahan-pecahan ini adalah buah-buah segala ilmu keputusan seluruh silat Melayu di dalam alam Melayu seperti Keputusan Sendeng, Keputusan Gayung Fatani, Keputusan Silat Harimau dan lain-lain seperti yang disebutkan pada bahagian awal tadi.

Nama-nama buah Seni Silat Cekak antara lain ialah:

Buah Pertama
Buah Keputusan Gayung Fatani
Buah Keputusan Sendeng Atas
Buah Kilas Belakang
Buah Kilas Hadapan
Buah Kidong Kiri
Buah Kuntau Jatuh
Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
Buah Kuntau Kanan Gantung
Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau)
Buah Ali Patah Atas
Buah Ali Patah Sudah
Buah Selendang
Buah Gari & Gari Gunting
Buah Paras
Buah Keputusan Pasung Kemanga
Buah Keputusan Terlak
Buah Keputusan Lintau
Buah Hempok
Buah Luncur
Buah Siku Potong


d. Pengajaran cara memotong atau menyekat kesemua 21 buah yang tersebut itu. Andainya Seni Silat Cekak menyerang dan musuh menggunakan salah satu buah yang tersebut, buah itu tak terdaya mernakan atau menangkap Seni Silat Cekak; bahkan Seni Silat Cekak dapat memakan balik dengan salah satu buah-buah yang tersebut. Di sinilah tegaknya falsafah Seni Silat Cekak yang berbunyi:

PAKAI TAK PAKAI, TAK PAKAI PAKAI

e. Ini adalah pelajaran tamat; bererti sesama ahli Seni Silat Cekak tak terdaya melawan lagi kerana sama-sama faham pelajaran silat.

f. Pengajaran taktik menyerang lawan supaya membunuh buah-buahnya sendiri dan juga buah silat yang lain. Yang anehnya dalam Seni Silat Cekak sambil menyerang sambil menangkap. (Cekak menyerang, Cekak menangkap). Menurut penyelidikan yang dibuat tidak ada satu silat yang sekiranya ia menyerang ia dapat menangkap.

g. Pengajaran menangkis segala pukulan tongkat dengan tangan kosong; tidak menggunakan dua tongkat seperti yang terdapat dalam silat-silat lain yang bercorak kesukanan. Begitu juga menangkis segala tikaman dengan tangan kosong juga; tidak mengguna dua pisau.

h. Pengajaran mengguna Parang Lading buah menunggu segala rupa serangan yang menggunakan senjata pendek. Penyerangan terhadap musuh tidak dilakukan kerana Seni Silat Cekak percaya bahawa penyerangan itu lebih merbahaya kepada dirinya.

No comments: